Jumaat, 18 Mei 2012

Post title


                                                                                                                                                                   
dulu mase kecik2 tgok pompuan pakai camni aku paggil hantu kom-kom...tp sekarang bini aku pon dah jadi hantu kom-kom...alhamdulillah,,syukur sangat

Selasa, 27 September 2011

Bila nak Kaya??

cemoiih (loghat pahang yg bermaksud bosan@boring giler) aku dgn orang yg obses sgt dgn kehidupan dunia ni.
walhal hidupnye xdelah sekaye mane pon mcm bill gates ke @ kurang2 mcm robert kuok ke,tapi eksyen nye xmengalah.nak citer bab kaya ni sebenarnye org kite(typical malay)mmg kaye tapi Kaye Utang,
Beli rumah hutang,kete utang,tv utang,sume lah utang..
so mcm mne kite nak bawak kehidupan keluarge kite supaya x terinfluent dgn cara hidup typical malay ni??
sume orang mengaku bahawa muhammad saw adelah rasul dan meyakini cara hidup baginda sahaje bawa kejayaan dunia dan akhirat,(utk orng yg mengaku islam),nabi saw bagitaw orng yang kaye,ialah orng yang kaye hatinye(maksud hadis bleh rujuk ustaz)
1.kena ade niat untuk implementasikan keseluruhan kehidupan nabi saw dlm diri kite,anak,isteri daripada bangun tidur smpai tidur balik,(ssgguhnye niat ssorng islam lebih baik dri amalan(maksud hadis boleh refer ustaz)
2.kena ade KEYAKINAN JITU tntang kehidupan nabi saw bawa kejayaan(macam kite yakin kalo aku xkeje mcmmne nak idup senang)klu xde ni payah la bro
3.kena belajar dan membaca tentang sirah2 nabi saw(mcm kite rajin baca status kat fb tu ler)cth..mcmmne nabi makan,minum,solat,bergaul dgn orang,bermuamalah(berjual beli ler..) dan lain2.
 4.kena tahu mcmne fikrah nabi saw..cth,nabi saw sgt simple dgn kehidupan dunianye sbb nabi saw telah dibukakan akan hijab tentang kehidupan disana(akhirat),dan byak lagi
5.qanaah(dlm bahase pasornye klu ade brsyukur,klu xde bersabar dan istiqomah(susah ke senang ke buat jek)
6.jangan terkesan kutukan org(pon sunnah nabi saw)lagi power bagi hadiah lagi kat orng yg kutuk tu(sunnah nabi saw gak)
banyak mende lagi rasenye nak nulis ni,keknye xghot dah,,cube tanye diri banyak mane sunnah kite taw dan amal kan?
p/s# semoga allah bg taufik pade sye dan tuan2 dapat amal dan sampaikan.dah zuhur nak g mesjid(sunnah nabi paling utama)

Khamis, 15 September 2011

Makin Tahu Makin Tak Tahu?(copy kereta mayat punya


(Berdakwah tapi takde Ilmu?-kisah benar yang telah aku tokok tambah untuk memudahkan jalan cerita)
Pada suatu hari, dihalaman sebuah masjid yang masih dibenarkan bilal mengaji menggunakan speaker sebelum subuh, aku terjumpa seorang kawan, (asal jumpa kawan jer masjid, asal masjid jer jumpa kawan, macam alim sangat aku ni) lalu kamipun duduk lepak kejap di tangga masjid sambil berborak isu isu semasa laksana mamat dan minah berborak di wall facebook,
“Hamka, jika nak berdakwah, kita kena ada ilmu, cuba tengok mamat tu..”
(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)
“Mamat tu sibuk nak berdakwah ke sana ke mari, tapi ilmu takde, nak berdakwah kena ada ilmu!”
Begitulah luahan seorang kawan lama yang perasan pandai bab ugama kepada aku lalu aku menukilkan secara ringkas di sini.
Kau tahu apa maksud ilmu yang kau cakap mamat tu takde? Kau tahu apa maksud ilmu dari segi ugama?
“Maksud ilmu adalah pengetahuan yang di susun sebelum di gunakan dalam bidang bidang tertentu.”
Kepala otak kau! jika faham maksud ilmu adalah begitu, salah! cepat bagi jawapan yang betul tentang apa maksud ilmu?
“Err, Ilmu adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan”
Itu bukan ‘ilmu’, itu ‘belajar’, cepat cakap, apa maksud ilmu! (Dalam hati: Bodoh rupanya mamat ni)
“ilmu adalah belajar dan amal”
Tak jelas maskud ilmu yang kau cakap tu, semua ilmu adalah untuk di amalkan jika berfaedah, sekarang ni kita bincang bab ugama, apa maksud ilmu ugama? Cakap orang takde ilmu ugama, aku tanya apa maksud ilmu pun tak tahu!
“Err, ilmu adalah jalan orang yang bertaqwa”
Lagilah tak betul, jawapan tu umum, susahlah macam ni.
Ok, aku bagi soalan mudah sikit, apa maksud solat?
“Maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam”
Itu bukan maksud solat, itu cara cara nak bersolat, aku tanya MAKSUD! Bukan cara cara!
“Err, solat adalah tiang ugama”
Ni tahu ke tak tahu ni?, berapa tahun dah solat tapi tak tahu maksud solat?
Baik, aku bagi soalan mudah sikit, apa MAKSUD kalimat Tauhid?
“kalimah Tuhid tu apa?”
Alahai.., (Dalam hati: bodoh rupanya), Kalimah Tauhid tu Kalimah La ila Ha illALLAH.
“OOOO, itu aku tahu, maksud kalimah itu adalah Tiada Tuhan Melainkan Allah”
(Dalam hati: Itu bukan MAKSUD mangkuk!,) Itu MAKNA, budak darjah satu pun tahu makna kalimah Tauhid tu, tapi aku tanya sekarang MAKSUD! Bukan makna!
(garu garu kepala sambil tersengih)
Akupun telan air liur dan berbicara:
Kau faham tak apa itu MAKSUD?, setiap amalan kita pasti ada TUJUAN, ada ARAH, ada MAKSUD, bukan Allah buat sia sia, rujuk Al quran: Ali 'Imran ayat 190 – 191, Allah cerita: Dalam setiap kejadian ada tujuan, Allah cipta sesuatu tu tak sia sia, Air ada tujuan di Cipta, api ada tujuan di cipta, begitu jugak manusia ada TUJUAN di cipta, ada MAKSUD akan sebab penciptaannya, macam VISI, MISI yang selalu kita belajar kat sekolah tu, vision and mission, itulah MAKSUD.
Bab solat, maksud solat ada cerita dalam Al quran, iaitu maksud solat agar dapat orang bersolat itu MENCEGAH MAKSIAT, Firman Allah: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar. (Surah al-Ankabut 29: 45) yang mana sekiranya kau solat tapi buat jugak maksiat, itu bermakna solat kau belum mencapai MAKSUD, solat mungkin sah, tapi Maksud tak capai.
Ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD solat adalah MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, itu pun betul, yang mana jika dalam solat kita tak buat maksiat dan kekalkan di luar solat tanpa buat maksiat jugak, di sini bermakna solat kita telah mencapai MAKSUD, faham!
Dalam Al quran juga Surah Al-Ma'un ayat 4 hingga 6, Allah ada mengutuk orang yang lalai dalam solat, yang mana jika solat lalai, maka solat itu tidak mencapai MAKSUD! Faham tak!
(Hamba Allah tu tersngih sengih, aku menyambung lagi)
Sempena puasa ni aku tanya kau, apa MAKSUD puasa?
“Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam”
Wah confident gila, Aku cakap kau bodoh, nanti kau marah aku, tapi bila tak cakap bodoh senang senang jer kau tuduh orang yang berdakwah tak de ilmu, apa yang kau cakap menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam tu bukanlah MAKSUD puasa cik abang hoi, itu CARA nak berpuasa. Budak tadikapun tahu!
Sama macam Kalimah Tauhid tadi, kau cakap MAKSUD mengucap, tiada tuhan melainkan ALLAH, itu MAKNA!, sedangkan MAKSUD mengucap adalah untuk MENCEGAH SYRIK, dengan menafikan bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, sebab tu ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD Mengucap Kalimah Syahadat itu adalah MENAFIKAN KEBESARAN MAKHLUK DALAM HATI DAN MEMASUKKAN KEBESARAN ALLAH kerana jika ada kebesaran makhluk dalam hati, maka hati akan jadi syirik, sebab tu kalimah NAFI dan ISBAB itu BERMAKSUD untuk mencegah syirik dari sebesar besar syrik (sembah selain Allah-berhala) kepada sekecil kecil syirk(yakin kepada makhluk-duit, pangkat, kuasa)Faham?!
Jadi, apa maksud puasa?
“Err, untuk memahami penderitaan orang susah”
Ha, dah pandai dah guna common sense, betul, puasa ni ada beberapa MAKSUDnya dan salah satu adalah untuk memahami perasan orang miskin agar lebih bersedia membantu mereka kelak, dan perkara ini dapat di capai bukan setakat menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam, tapi akan dapat di capai bila kita bersederhana waktu berbuka dan bersahur, ada orang makan sampai penuh perut sehinga puasa langung tak lapar, yang mana bila puasa langung tak lapar sebab makan terlalu banyak waktu sahur dan berbuka, maka MAKSUD puasa sudah tidak dapat di capai.., pesan Nabi berserdahanalah, dan Allah benci dengan mereka yang memenuhkan perut dengan sepenuh punuhnya (rujuk Hadith Fadilat ramadhan ms 44)
Selain itu Maksud puasa adalah MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, yang mana kita ketahui Malaikat adalah makhluk yang paling taat sedangkan kita ada Nafsu yang menghalang sifat Taat Malaikat bertapak dalam diri, dengan berpuasa, tak makan, tak minum, tak bersetubuh, tak mengumpat macam Malaikat, maka insyALlah sifat Taat malaikat akan datang dalam diri, dan dengan berpuasa, nafsu akan jadi lemah, maka lebih mudah lagi sifat malaikat akan datang dalam diri, dan di malam hari setelah bersederha berbuka puasa, Nabi galakkan ummat pula agar BERIKTIKAF kerana MAKSUD berkitikaf adalah sama dengan MAKSUD puasa iaitu MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, sebab tu bulan Ramadahan, puasa dan iktikaf tak boleh di pisahkan, jadi jika korang tak tahu MAKSUD puasa macam mana korang nak rasai INDICATORnya sebelum MUHASABAH? Faham?
Sama jugak semua amalan lain, semuanya ada MAKSUD.
Dengan ada MAKSUD maka mudah untuk kita muhasabah diri, lepas solat cuba kita check kenapa diri ini masih buat maksiat sedangkan dan lama solat dah, tapi bila kita tahu MAKSUD solat, dan selepas muhasabah tahulah kita rupanya solat kita yang tak kyusuk buat solat kita tak mencapai MAKSUD mencagah fahsyar dan Mungkar.
Semua amal akan mudah untuk di muhasabah apabila kita tahu MAKSUD dalam setiap ibadat kita.
Sama jugak lepas bulan puasa, check, kenapa hati belum jadi lembut dan taat macam malaikat, bila muhasabah rupanya waktu puasa kita banyak mengumpat, berbuka puasa makan sampai penuh perut buat nafsu tak lemah dan melengahkan solat magrib serta malas beriktikaf, jadi kena sama sama improve diri..
Secara ringkas:
Sila belajar MAKSUD bagi setiap amal, Bagi siapa yang tak tahu. Maksud Zakat adalah untuk mensucikan hati kita, Maksud Sunnah pula adalah untuk menimbulkan keyakinan bahawa cara hidup Nabi sahaja memberi kejayaan..
Banyak lagi nak cerita, MAKSUD ikhlas tu apa ? tahu tak? Maksud IKRAM MUSLIMIM tu apa? Tahu tak apa Maksud haji? Panjang nak cerita, sila rujuk Buznama terdekat..
Last sekali, aku nak HIGHLIGT:
APA MAKSUD ILMU?
Tak tahu pun, cakap pong pang pong tuduh orang tu takde ilmu,orang ni takde ilmu, aku tanya APA MAKSUD ILMU pun tak tahu?
So, sekarang, kau pergi jumpa mamat tu.
(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)
Tanya dia APA MAKSUD ILMU, aku percaya mamat tu boleh jawab soalan tu semudah korek hidung.
Sekarang, pergi tanya dia. demi kebaikkan Hari akhirat.
(Dalam hati:sekarang berambus dari hidup aku, dan pergi mulakan hidup baru!-woha)
Lalu Hamba Allah tu pun dengan penuh keinsafan pergi mendekati lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor....
Sekian.
Ps: Selepas kembali si Hamba Allah tu, ternyata mamat yang di tuduh berdakwah takde ilmu tu tahu jawapan berkenaan MAKSUD ILMU dan menjawab dengan mudah, alhamdulillah, sebagai anti klimath, aku nak tanya korang apa maksud ilmu? dan sila bincang di ruangan komen, salah tak pe, aku ajar, pandai boleh kongsi, insyAllah.
Ps2: Cuba test kawan korang yang berlagak bab ugama, cuba tanya maksud puasa, maksud solat, tengok boleh jawab tak, lepas tu ambik peluang untuk bagitahu betapa penting sifat rendah diri kerana kita ni, jangan berlagak bab ugama ni, Tuhan marah, kerana hakikatnya kita: makin tahu makin tak tahu... pesan kepada diri sendiri.

Sabtu, 23 Julai 2011

ntahhhhhhh...

sambil dgr lagu greenday 21 gun versi amercan idol,aku menulis kat blog aku ni yg sedar2 dah 4tahun berada diruang maya ciptaan yahudi ni.benda aku nak kongsi ngan korang ek??apakah kemuncak kepada kemajuan
alam maya ni???sape tahu??
kemunculannye ditggu oleh kaum keturunan nabi dan pencinta2 dunia yg xnampak dan dihijab oleh keindahan syurga ciptaannya dan akhirnye dia membawa keindahan syurga itu ditangan kanannya,justeru berbondong2lah mereka itu kehadratnye.menganuti ajarannye dan bertuhankan dia,xde tempat kat dunia ni dia xsampai,bahkan dia boleh menghidupkan orang yg mati,menurunkan hujan,menjadikan siang dan malam.
sape percaye klu aku kate bende yg kite mengadap skang ni,adalah satu sihir????xde sape percaye kan???
pernah tgok org main playstation 1hari xmkn,xminum??pernah tgok org main intnet 24jam xtdo2???
lama kelamaan lagi canggih,sampai kemuncaknye mgkin 10tahun@20tahun lg,who know??
dia akan datanggggggg.
sihir@magic
sape tahu orang yahudi paling pandai bab sihir??
sape2 tahu kisah nabi musa dgn tukang sihir??
nabi saw pon pernah kne sihir dgn yahudi
david copperfieild yahudi
sihir org melayu ni kecik je beb,takat santau2,hantu raye je
orang yg kena sihir xkan taw dia kene sihir
simtom2 org knr sihir bukan takat muntah kuar darah je
mental dia,keupayaan dia dihabiskan kpd sihir trsebut
sape boleh 1hari xpakai nset@xbukak intenet@xtgok tv??
payah kan??so keep on increasing our iman...

Khamis, 13 Januari 2011

Who cares!!! Nobody but allah



Klu la kte pikir betape sibuknye allah mengatur kehidupan alam ni,seorang CEO dr listed company pon xleh chalen.cuba kira baper species ikan,burung,kucing,buaye,semut,dll 2 blum masuk species manusia lg,ade negro,arab,caucasian,asia,jawa dan jepon.sume makluk2 ni nak kne bg makan hari2.dlm ms yg same nak manage alam ni lg,hari-hari terbitkan matahari dari timur sampai la ke barat,xhantar bil pon kat kte.Dia turunkan hujan,tumbohkan poko2,sumenye free,xkne cas pon.xpnah plak ade blackout sbb matahari  nak kne servis.dan matahari sentiase karib dgn nostalgia hidup manusia
jadi kesibukan kte ni,xde maknenye tanpa keredaanNya

Isnin, 22 November 2010

The Choice of the Heart

The heart yearns to be with Him
Or so it does wish it could truly say.
Obstacles constantly find their way before it
And once again it is easily led astray.

Is this the way it was meant to be
To constantly fight a battle within?
To know when something is obviously wrong
Yet once again indulge therein?

This world so filled with illusions and dreams
Right seems so hard and abiding by it seems dire.
Will the heart realize what is real and what is not?
Will it rest in cool peace or be damned in eternal fire?


Sabtu, 1 Mei 2010

politik,politik,politik

benci betul aku dgn org politik,yg ni ckp dy betul,yg 2 ckp dy betul,yg ni cakap dy islam,yg 2 ckp dy lg islam,ironinye mesjid xde orang gak,tggl la org tue2 yg tggu ari je..india bwat kuil marah,yg dy msjid pon xpergi,lantakla hindu nak bwat kuil,wlupon batil ramai gak kat kuil 2.
subuh lg la,tggl bilal n imam je,cakap islam berdegar2..klu dlm blog,bkn main lg dgn hadisnye,ayat qurannye..pehhh,tp malang subuh xleh bgun sbb tekun sgt tulis blog islam kononnye..
solat kat umah ni pompuan je,spe nak jd pompuan solat la kt umah.
umar r.hu bgtaw klu nk tgk keadaan agame kat 1tmpat 2,klu msjidnye makmur tandenye bagusla,bkn tgok kat blognye br0..klu sspe ade dalil nabi saw solat 5waktu kat umah bleh bgtaw kat aku yg jahil ni.
yang aku tahu nabi saw ketika sakit nak wafat pon dipapah ke mesjid,dan solat duduk diimamkan oleh abu bakar r.hu..
ade plak fatwa kte kne solat dgn anak bini kat umah supaye lebih kasih sayangnye,innalillahiwainnailaihirojiunnnn..klu org putih bwat gmbar kartun nabi saw,kemain lg marahnye,
tp kte seniri xnak ikut nabi saw,melayu melayu,dont wanna be melayu jz muslim till the end,insyaallah